Friday, March 26, 2010

promosi pembimbing rakan sebaya(PRS)

ni nak promote sikit ni..
baca artikel ni :
"Program Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) diadakan adalah untuk melatih para belia dan remaja agar dapat menguasai kemahiran membantu supaya mereka dapat membantu rakan pelajar yang memerlukan pertolongan dari segi mental, sosial atau emosional, di samping melatih mereka membantu diri sendiri.
Selain itu, khidmat “pelajar membantu pelajar” merupakan satu khidmat sokongan yang penting di dalam perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling. Kursus ini dijalankan secara teori dan praktikal.
Program ini berasaskan konsep bahawa rakan sebaya merupakan orang yang paling rapat dan paling memahami masalah yang dihadapi oleh remaja/seseorang. Dengan itu mereka merupakan orang yang paling tepat bagi memberi nasihat bagi menangani sesuatu masaalah.
Program ini merangkumi bidang yang luas termasuk membantu mempelajari Teknologi Maklumat, Pembelajaran Bestari, Cara Belajar, malah digunakan dalam kempen anti dadah"

buat kali pertamanya pada tahun ini, biro kebajikan & kaunseling akan menubuhkan kelab PRS...Keterangan di atas serba sedikit menerangkan tentng kelab tersebut dan kami bagi pihak biro ini mengalu-alukan penyertaan anda semua..penyertaan adalah terbuka kepada semua dan borang keahlian boleh di dapatkan daripada pengerusi biro, mohd anwari razali & naib pengerusi biro, fakhriah hamidah sabri.....

cepat2, tarikh tutup adalah 9.4.2010.....:)..

sama2 lah kita renungkan:)~". Sesungguhnya orang-orang mukmin bersaudara; maka betulkanlah antara dua saudara kamu, dan takutilah Allah supaya kamu dikasihani."....

jom, apa tunggu lagi.....;)

No comments:

Post a Comment