Tuesday, September 21, 2010

assalamualaikum dan salam sejahtra semua....:)
rasanya(dah bukan rasa sebenarnya..realiliti) da lama betul kami tak berkesempatan nak update blog ni...almaklumla,sibuk memanjang...

alhamdulillah, walaupun da lama da update blog ni..da banyak program yang telah biro k&k ni jayakan..syukur ke hadrat Allah swt kerana memberikan kami peluang, kesempatan dan ruang untuk berbuat demikian....

yang paling kami tak dapat lupakan tentulah KEM KEPIMPINAN DAN MENJADI yang telah berjaya dilaksanakan bulan Ogos yang lepas...walaupun pelbagai rintangan, dugaan dan kejadian yang berlaku, akhirnya kem tersebut berjaya dianjurkan jua dan syukur segalanya berjalan dengan lancar juga akhirnya..

mungkin kehadiran kem ini dlam takwim aktiviti ipda ini agak kontroversi,namum orng yang mengkntrversikannya da malas mungkin untuk membangkitkan isu ni...heheheh...
rasional la jugak kan, tengah2 gawat ni tiba2 je jpp wat kem..mungkin yang duk sibuk2 mengkontroversikan benda2 macam ni ingat benda ni senang je kot...xpala, insya Allah, lau ada peluang dan kesempatan, saya mendoakan Allah swt agar turut melibatkan anda semua dalam proses menganjurkan sesebuah program..masa tu kita akan tahula tinggi langit dan bumi...:)

kita lupakan kata2 orng, biasala...sya pun suka bercakap dan saya tahu apa motif dan jenis orng yang suka bercakap ni...nak tahu jugak????....jom kita cakap banyak2...hehehehehe...barula bole tau kita ni orng yang jenis dan kategori 'MURAI' mana...xcaya???cubalah...belum cuba belum tau:)

okaylah, jpp jpp juga, assignment2 jgk....jom, jayakan assignment, jayakan jpp...berktilah untuk organisasi anda untuk kemajuan bersama, jangan terlalu meminta, nanti semakin banyak yang terluka...:)..

kali ni saya teringat satu ungkapan yang saya ada baca, tapi lupa pulak kat mana...xpa2 yang penting makna di sebalik kata2 ni...:semakin tinggi harapan, semakin besar kekecewaan'...betul ke tak hipotesis ni, sama2lah kita renungkan ye~~..nak mengharap boleh, tapi, mengharaplah pada yang pasti dan realiti ye....

dan satu lagi...'tak semua orang boleh jadi luar biasa di antara yang biasa2...namun, sesiapa sahaja boleh jadi luar biasa tau:)....okey, terima kasih kerana sudi luangkan masa semua:0...jumpa lagi...

Saturday, May 1, 2010

bersamalah kita mecari erti cinta yang sebnar.........:}


Alkisah di suatu pulau kecil, tinggallah berbagai macam benda-benda abstrak. ada CINTA, KEKAYAAN,KECANTIKAN, KESEDIHAN, KEGEMBIRAAN dan sebagainya. Awalnya mereka hidup berdampingan dengan baik dan saling melengkapi. Namun suatu ketika, datang badai menghempas pulau kecil itu dan air laut tiba-tiba naik semakin tinggi dan akan menenggelamkan pulau itu. Semua penghuni pulau cepat-cepat berusaha menyelamatkan diri.CINTA sangat kebingungan sebab ia tidak dapat berenang dan tak mempunyai perahu. Ia berdiri di tepi pantai mencuba mencari pertolongan. Sementara itu air makin naik membasahi kaki CINTA. Tak lama CINTA melihat KEKAYAAN sedang mengayuh perahu."KEKAYAAN! KEKAYAAN! Tolong aku!" teriak CINTA. Lalu apa jawab KEKAYAAN, "Aduh! Maaf,CINTA!" kata KEKAYAAN. "Perahuku telah penuh dengan harta bendaku. Aku tak dapat membawamu serta, nanti perahu i! ni tenggelam. Lagipula tak ada tempat lagi bagimu di perahuku ini." Lalu KEKAYAAN cepat-cepat mengayuh perahunya pergi meninggalkan CINTA tenggelam.CINTA sedih sekali, namun kemudian dilihatnya KEGEMBIRAAN lewat dengan perahunya. "KEGEMBIRAAN! Tolong aku!", teriak CINTA.
Namun apa yang terjadi, KEGEMBIRAAN terlalu gembira karena ia menemukan perahu sehingga ia tidak mendengar teriakan CINTA. Air makin tinggi membasahi CINTA sampai ke pinggang dan CINTA semakin panik. Tak lama lewatlah KECANTIKAN."KECANTIKAN! Bawalah aku bersamamu!", teriak CINTA. Lalu apa jawabKECANTIKAN, "Wah, CINTA, kamu basah dan kotor.Aku tidak mahu membawamu. Nanti kamu mengotori perahuku yang indah ini." sahut KECANTIKAN. CINTA sedih sekali mendengarnya.
CINTA mulai menangis terisak-isak. Apa kesalahanku, mengapa semua orang melupakan aku.Saat itu lewatlah KESEDIHAN. Lalu CINTA memanggil, "Oh, KESEDIHAN, bawalah aku bersamamu", kata CINTA!. Lalu apa kata KESEDIHAN, "Maaf, CINTA. Aku sedang sedih dan aku ingin sendirian saja... ", kata KESEDIHAN sambil terus mengayuh perahunya. CINTA putus asa. Ia merasakan air makin naik dan akan menenggelamkannya. CINTA terus berharap kalau dirinya dapat diselamatlkan. Lalu ia berdoa kepada Tuhannya, oh tuhan tolonglah aku, apa jadinya dunia tanpa aku, tanpa CINTA?
Pada saat kritikal itulah tiba-tiba terdengar suara, "CINTA! Mari cepat naik ke perahuku!" CINTA menoleh ke arah suara itu dan melihat seorang tua kerepot berjanggut putih panjang sedang mengayuh perahunya. Lalu Cepat-cepat CINTA naik ke perahu itu, tepat sebelum air menenggelamkannya. Kemudian di pulau terdekat, orang tua itu menurunkan CINTA dan segera pergi lagi. Pada saat itu barulah CINTA sedar, bahawa ia sama sekali tidak mengetahui siapa orang tua yang baik hati menyelamatkannya itu. CINTA segera menanyakannya kepada seorang penduduk tua di pulau itu, siapa sebenarnya orang tua itu."Oh, orang tua tadi? Dia adalah "WAKTU", kata orang itu. Lalu CINTA bertanya "Tapi, mengapa ia menyelamatkanku? Aku tak mengenalinya. Bahkan teman-teman yang mengenalku pun enggan menolongku", tanya CINTA heran. "Sebab", kata orang itu, "hanya WAKTU lah yang tahu berapa nilainya harga sebuah CINTA itu......

Friday, March 26, 2010

promosi pembimbing rakan sebaya(PRS)

ni nak promote sikit ni..
baca artikel ni :
"Program Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) diadakan adalah untuk melatih para belia dan remaja agar dapat menguasai kemahiran membantu supaya mereka dapat membantu rakan pelajar yang memerlukan pertolongan dari segi mental, sosial atau emosional, di samping melatih mereka membantu diri sendiri.
Selain itu, khidmat “pelajar membantu pelajar” merupakan satu khidmat sokongan yang penting di dalam perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling. Kursus ini dijalankan secara teori dan praktikal.
Program ini berasaskan konsep bahawa rakan sebaya merupakan orang yang paling rapat dan paling memahami masalah yang dihadapi oleh remaja/seseorang. Dengan itu mereka merupakan orang yang paling tepat bagi memberi nasihat bagi menangani sesuatu masaalah.
Program ini merangkumi bidang yang luas termasuk membantu mempelajari Teknologi Maklumat, Pembelajaran Bestari, Cara Belajar, malah digunakan dalam kempen anti dadah"

buat kali pertamanya pada tahun ini, biro kebajikan & kaunseling akan menubuhkan kelab PRS...Keterangan di atas serba sedikit menerangkan tentng kelab tersebut dan kami bagi pihak biro ini mengalu-alukan penyertaan anda semua..penyertaan adalah terbuka kepada semua dan borang keahlian boleh di dapatkan daripada pengerusi biro, mohd anwari razali & naib pengerusi biro, fakhriah hamidah sabri.....

cepat2, tarikh tutup adalah 9.4.2010.....:)..

sama2 lah kita renungkan:)~". Sesungguhnya orang-orang mukmin bersaudara; maka betulkanlah antara dua saudara kamu, dan takutilah Allah supaya kamu dikasihani."....

jom, apa tunggu lagi.....;)

Thursday, March 25, 2010

Menyusun 10 jari memohon maaf,

Kami selaku ahli Biro Kebajikan dan Kaunseling memohon maaf atas ketidak cekapan kami dalam menjalankan tugas dalam menjaga dan menguruskan hal ehwal kebajikan di IPG Kampus Darulaman. Kami akui banyak kekangan yang kami hadapi yang menjadi batu penghalang dalam kerja kami. Kami juga mengakui, tidak semua kes-kes yang memerlukan bantuan dapat kami selesaikan. Kami akan cuba sedaya upaya kami untuk membantu anda, namun kita sebagai manusia tidak lari dari sifat ketidaksempurnaan. Jika tiada bantuan dan sokongan dari anda sebagai warga IPG Kampus Darulaman, kami percaya kami tidak akan dapat melaksanakan segala aktiviti-aktiviti yang dirancang amnya oleh JPP dan khasnya Biro Kebajikan Dan Kaunseling. Suka kami memetik kata2 pujangga "bila mana kamu menginginkan orang lain berkorban untuk kamu, kamu haruslah berkorban untuk diri sendiri". Sama2lah kita renungkan kata-kata ini untuk menjadi dorongan kita. Ingatlah, kita hanya merancang, namun perancangan Allah adalah yang terbaik.

Sekian..

Monday, March 22, 2010

sepeninggalan sementara dari ipgm Kampus darulaman

hari ni merupakan hari ke 3 kedua2 biro kebajikan tak de kat ipda n masih melunaskan saki baki SBE yg masih tinggal 2 hari lagi..
ok, nampaknya sepanjag kami menjalankan tugas sebagai biro ni, da ada beberapa kerja telah kami laksanakan bermulalah dengan majlis watikah perlantikan, K.O.T, forum praktikum n maulidurasul..semua aktiviti ini atas kerjasama semua JPP..nampaknya, perancangan biro kebajikan dan kaunseling masih belum terlaksana,...tapi, perancangan tu da ada, kesempatan dan masa je yg masih xmengizinka..anyway, kami percaya dengan berbekalkan semangat yg kental ni, insyaAllah,segala yang terucap kan terlaksana jua...

baru2 ni da pelajar yg mengadu air di Kem Sri Banai(tepi padang) agak slow n xbest untuk digunakan..alhamdulillah semasa saya menjalani BIG di situ, airnya ok..laju n bersih lagi..syukur2..al maklumlah dalam suasana yg sibuk n penat masa BIG tu, perkara2 kecil la kena beri perhatian, lau tak boleh jadi masalah besar pula...tempat BIG tu pun ok,boleh la merasa suasana berkhemah tu...tercapai la objektif tu,cuma biasala, BIG sebelum ni semua buat kat luar,tempat yg best2,langkawi la,pangkor la..kali ni,tempat baru,orang baru,suasana of cos la baru..apa2 pun, syukur alhamdulillah dengan apa yg ada...:)

baiklah, apa2 pun,silalah melawat blog ini selalu dan jgn la segan silu untuk memberikan komen anda semua..:)

Sunday, March 21, 2010

here we come for u....

syukur, alhamdulillah...akhirnya blog biro kebajikan dan kaunseling untuk IPGM Kampus Darulaman telah berjaya dicipta...di harapkan dgn kehadiran blog ini, hubungan para pelajar,pensyarah dan semua warga IPGM Kampus Darulaman akan terus kukuh dan harmoni terjalin dengan barisan JPP terutamanya Biro Kebajikan dan Kaunseling...secara peribadinya, saya mengalukan serta menyokong kebebasan bersuara yang boleh merencana dan membina kemajuan kepada semua pihak...

Sesungguhnya, suara anda, rintihan anda, penderitaan anda dan segalanya yang berkaitan dengan anda di IPG ini adalah menjadi keutamaan kami...
justeru,..ucapkanlah,lakarkanlah dan beranilah meluahkan masalah,cadangan,kritikan dan perspektif anda untuk menjadi rujukan buat kami semua...:)

selamat ber'blog'...:)