Thursday, March 25, 2010

Menyusun 10 jari memohon maaf,

Kami selaku ahli Biro Kebajikan dan Kaunseling memohon maaf atas ketidak cekapan kami dalam menjalankan tugas dalam menjaga dan menguruskan hal ehwal kebajikan di IPG Kampus Darulaman. Kami akui banyak kekangan yang kami hadapi yang menjadi batu penghalang dalam kerja kami. Kami juga mengakui, tidak semua kes-kes yang memerlukan bantuan dapat kami selesaikan. Kami akan cuba sedaya upaya kami untuk membantu anda, namun kita sebagai manusia tidak lari dari sifat ketidaksempurnaan. Jika tiada bantuan dan sokongan dari anda sebagai warga IPG Kampus Darulaman, kami percaya kami tidak akan dapat melaksanakan segala aktiviti-aktiviti yang dirancang amnya oleh JPP dan khasnya Biro Kebajikan Dan Kaunseling. Suka kami memetik kata2 pujangga "bila mana kamu menginginkan orang lain berkorban untuk kamu, kamu haruslah berkorban untuk diri sendiri". Sama2lah kita renungkan kata-kata ini untuk menjadi dorongan kita. Ingatlah, kita hanya merancang, namun perancangan Allah adalah yang terbaik.

Sekian..

No comments:

Post a Comment