Friday, March 26, 2010

promosi pembimbing rakan sebaya(PRS)

ni nak promote sikit ni..
baca artikel ni :
"Program Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) diadakan adalah untuk melatih para belia dan remaja agar dapat menguasai kemahiran membantu supaya mereka dapat membantu rakan pelajar yang memerlukan pertolongan dari segi mental, sosial atau emosional, di samping melatih mereka membantu diri sendiri.
Selain itu, khidmat “pelajar membantu pelajar” merupakan satu khidmat sokongan yang penting di dalam perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling. Kursus ini dijalankan secara teori dan praktikal.
Program ini berasaskan konsep bahawa rakan sebaya merupakan orang yang paling rapat dan paling memahami masalah yang dihadapi oleh remaja/seseorang. Dengan itu mereka merupakan orang yang paling tepat bagi memberi nasihat bagi menangani sesuatu masaalah.
Program ini merangkumi bidang yang luas termasuk membantu mempelajari Teknologi Maklumat, Pembelajaran Bestari, Cara Belajar, malah digunakan dalam kempen anti dadah"

buat kali pertamanya pada tahun ini, biro kebajikan & kaunseling akan menubuhkan kelab PRS...Keterangan di atas serba sedikit menerangkan tentng kelab tersebut dan kami bagi pihak biro ini mengalu-alukan penyertaan anda semua..penyertaan adalah terbuka kepada semua dan borang keahlian boleh di dapatkan daripada pengerusi biro, mohd anwari razali & naib pengerusi biro, fakhriah hamidah sabri.....

cepat2, tarikh tutup adalah 9.4.2010.....:)..

sama2 lah kita renungkan:)~". Sesungguhnya orang-orang mukmin bersaudara; maka betulkanlah antara dua saudara kamu, dan takutilah Allah supaya kamu dikasihani."....

jom, apa tunggu lagi.....;)

Thursday, March 25, 2010

Menyusun 10 jari memohon maaf,

Kami selaku ahli Biro Kebajikan dan Kaunseling memohon maaf atas ketidak cekapan kami dalam menjalankan tugas dalam menjaga dan menguruskan hal ehwal kebajikan di IPG Kampus Darulaman. Kami akui banyak kekangan yang kami hadapi yang menjadi batu penghalang dalam kerja kami. Kami juga mengakui, tidak semua kes-kes yang memerlukan bantuan dapat kami selesaikan. Kami akan cuba sedaya upaya kami untuk membantu anda, namun kita sebagai manusia tidak lari dari sifat ketidaksempurnaan. Jika tiada bantuan dan sokongan dari anda sebagai warga IPG Kampus Darulaman, kami percaya kami tidak akan dapat melaksanakan segala aktiviti-aktiviti yang dirancang amnya oleh JPP dan khasnya Biro Kebajikan Dan Kaunseling. Suka kami memetik kata2 pujangga "bila mana kamu menginginkan orang lain berkorban untuk kamu, kamu haruslah berkorban untuk diri sendiri". Sama2lah kita renungkan kata-kata ini untuk menjadi dorongan kita. Ingatlah, kita hanya merancang, namun perancangan Allah adalah yang terbaik.

Sekian..

Monday, March 22, 2010

sepeninggalan sementara dari ipgm Kampus darulaman

hari ni merupakan hari ke 3 kedua2 biro kebajikan tak de kat ipda n masih melunaskan saki baki SBE yg masih tinggal 2 hari lagi..
ok, nampaknya sepanjag kami menjalankan tugas sebagai biro ni, da ada beberapa kerja telah kami laksanakan bermulalah dengan majlis watikah perlantikan, K.O.T, forum praktikum n maulidurasul..semua aktiviti ini atas kerjasama semua JPP..nampaknya, perancangan biro kebajikan dan kaunseling masih belum terlaksana,...tapi, perancangan tu da ada, kesempatan dan masa je yg masih xmengizinka..anyway, kami percaya dengan berbekalkan semangat yg kental ni, insyaAllah,segala yang terucap kan terlaksana jua...

baru2 ni da pelajar yg mengadu air di Kem Sri Banai(tepi padang) agak slow n xbest untuk digunakan..alhamdulillah semasa saya menjalani BIG di situ, airnya ok..laju n bersih lagi..syukur2..al maklumlah dalam suasana yg sibuk n penat masa BIG tu, perkara2 kecil la kena beri perhatian, lau tak boleh jadi masalah besar pula...tempat BIG tu pun ok,boleh la merasa suasana berkhemah tu...tercapai la objektif tu,cuma biasala, BIG sebelum ni semua buat kat luar,tempat yg best2,langkawi la,pangkor la..kali ni,tempat baru,orang baru,suasana of cos la baru..apa2 pun, syukur alhamdulillah dengan apa yg ada...:)

baiklah, apa2 pun,silalah melawat blog ini selalu dan jgn la segan silu untuk memberikan komen anda semua..:)

Sunday, March 21, 2010

here we come for u....

syukur, alhamdulillah...akhirnya blog biro kebajikan dan kaunseling untuk IPGM Kampus Darulaman telah berjaya dicipta...di harapkan dgn kehadiran blog ini, hubungan para pelajar,pensyarah dan semua warga IPGM Kampus Darulaman akan terus kukuh dan harmoni terjalin dengan barisan JPP terutamanya Biro Kebajikan dan Kaunseling...secara peribadinya, saya mengalukan serta menyokong kebebasan bersuara yang boleh merencana dan membina kemajuan kepada semua pihak...

Sesungguhnya, suara anda, rintihan anda, penderitaan anda dan segalanya yang berkaitan dengan anda di IPG ini adalah menjadi keutamaan kami...
justeru,..ucapkanlah,lakarkanlah dan beranilah meluahkan masalah,cadangan,kritikan dan perspektif anda untuk menjadi rujukan buat kami semua...:)

selamat ber'blog'...:)